download

Selasa, 26 Agustus 2008

Menyambut Ramadhan



10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam Koayteow }
Nasi kerabu

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkaadalah seperti berikut:

Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


Mengenai Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.

3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

[sunting] Hukum Puasa

Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

* Puasa enam hari pada bulan Syawal
* Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
* Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
* Puasa Isnin dan Khamis
* Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 tiap-tiap bulan

Tempoh haram puasa merupakan tempoh tertentu yang umat Islam dilarang (diharamkan) berpuasa.

[sunting] Syarat Wajib Puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

* Berakal/waras
* Baligh (cukup umur)
* Mampu/tidak uzur.

[sunting] Syarat Sah Puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

* Orang Islam
* Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
* Suci daripada haid dan nifas
* Sempurna akal fikirannya pada hari itu
* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

[sunting] Rukun Puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

* Berniat pada malam harinya
* Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).

[sunting] Sunat2 Puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

* Makan sahur serta melambatkannya
* Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
* Menjamu orang-orang berbuka puasa
* Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

[sunting] Perkara2 yang Membatalkan Puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

* Makan dan minum dengan sengaja
* Muntah dengan sengaja
* Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
* Keluar darah haid atau nifas
* Gila (hilang akal)
* Pitam atau mabuk sepanjang hari.
* Merokok disiang hari.

[sunting] Orang2 yang Diizinkan Berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

* Orang yang sakit
* Orang yang dalam musafir (perjalanan)
* Orang tua yang sudah lemah
* Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

artikel ini saya kutip dari wiki

1 komentar:

tUKanG mIMMMpI!!!!! mengatakan...

Sugeng nindakaken Puasa den Gombeng,kulo midoaken mugi" kawangsulan berkah saking Gusti kang Maha Agung....semoga ibadah puasa tahun ini bisa menjadi ibaadah yang lebih dewasa dan membawa berkah.....Amin...

Nawakmu

I hope dream come true

Semoga tiba datang dengan waktunya Ternyata doa yang selama ini kupanjatkan kepada Allah SWT ndak sia sia dengan datangnya kwitansi kecil it...